Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bakal menukar logo pada musim baharu, berkemungkinan selaras dengan penswastaan pasukan di Liga Malaysia, yang sepatutnya bermula pada musim hadapan.
Menurut apa yang SarawakCrocs.com fahami, penukaran logo tersebut adalah antara langkah penjenamaan semula pasukan, walaupun nama ‘Persatuan Bolasepak Sarawak’ masih akan dikekalkan.
Sumber yang kami memaklumkan bahawa logo baru ini akan bakal digunakan untuk tahun akan datang, dan ianya akan menunjukkan lambang buaya, selaras dengan nama samaran Sarawak yakni ‘Buaya Bujang Senang’.
Buat masa ini, pihak kami belum mengetahui lebih maklumat berkenaan penjenamaan semula Sarawak, kecuali ianya akan berlaku dan diketuai oleh pihak Lea Sports Centre.