Syarikat pembekalan elektrik Sarawak Energy Berhad (SEB) telah diumumkan sebagai pasukan baharu di dalam Liga Samarahan bagi tahun ini. Penyertaan SEB adalah melalui Kelab Bolasepak SEB (SEB FC).
Liga Samarahan yang akan bermula Ahad ini akan menyaksikan tujuh pasukan berentap untuk kejuaraan liga, dengan perlawanan pembukaan diadakan di Padang Bola Sepak Kompleks Asajaya pada jam 3PM.
Selain daripada SEB FC, Liga Samarahan akan turut disertai oleh pasukan dibawah:
1) Yayasan Sarawak-Sanjung Etika,
2) Sambir Bestari,
3) Ocean Eagle,
4) RG4 FC,
5) Kapaku FC,
6) Team Kickalob FC
7) SEB FC
Juara bertahan Liga Samarahan adalah Yayasan Sarawak-Sanjung Etika.