Pemain pertahanan berpengalaman Sarawak, Ramesh Lai dikhabarkan sudah pulih dari kecederaan dan boleh mengikuti latihan bersama rakan sepasukan yang lain.
Ramesh sebelum ini mengalami kecederaan panjang dan telah direhatkan selama beberapa bulan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Kuching.
Ramesh kini tetap perlu untuk mengembalikan kecergasannya untuk merebut tempat di posisi pertahanan kiri yang kini diisi oleh Mazwandi Zekeria.
Oleh itu, penyokong perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat kelibat Ramesh dalam kesebelasan utama pasukan Sarawak.
Ramesh adalah salah satu pemain bukan Sarawak yang dikekalkan oleh David Usop musim ini selepas hampir semua pemain bukan Sarawak dilepaskan bagi memberi ruang kepada ‘anak Sarawak’.