Sarawak bersedia hadapi T-Team tanpa sokongan padu peminat

Pasukan Bujang Senang akan turun malam ini menentang pasukan T-Team, yang juga merupakan pasukan kedua dari Terengganu di dalam Liga Super.

Sungguhpun moral pemain semakin baik selepas berjaya menewaskan Pulau Pinang beberapa hari lalu, pasukan bimbingan K Rajagobal akan menghadapi satu lagi cabaran getir apabila terpaksa bermain di laman sendiri tanpa sokongan padu peminat sendiri.

Ini adalah kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengarahkan pasukan Bujang Senang beraksi di dalam stadium kosong susulan kegagalan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengawal tingkah laku penyokong mereka ketika perlawanan Sarawak menentang Felda United beberapa bulan lepas.

Pengurus pasukan Sarawak, Abdullah Julaihi walaubagaimanapun tetap optimis Sarawak akan mengekalkan momentum kemenangan dan beliau yakin bahawa pasukan bimbingan Rajagobal akan berupaya menundukkan T-Team walaupun terpaksa bermain tanpa kehadiran peminat setia mereka.

Untuk ‘update’ berkenaan perlawanan Sarawak vs T-Team secara live, sila follow kami di twitter @SarawakCrocs.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top