Pasukan Sarawak memulakan kempen Liga Super 2017 dengan 1 mata setelah mengikat T-Team di tempat lawan.
Perlawanan turut menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan demi serangan di babak pertama perlawanan. Namun, kedua dua pasukan gagal mencari gol awal hingga tamat masa pertama perlawanan.
Perlawanan disambung semula dengan kedua dua pasukan mencuba untuk membaiki rentak permainan. Hasilnya, pasukan T-Team terlebih dahulu di hadapan dengan jaringan oleh Norhakim Hassan pada minit ke 49.
Tersentak dengan gol tersebut, pasukan Sarawak cuba mengasak untuk menjaringkan gol penyamaan. Namun, pertahanan ampuh T-Team bijak mengawal bahagian serangan pasukan Sarawak.
Perlawanan terus dilihat memihak kepada T-Team. Pemain import dari Filipina, Mark Hartman hampir menjaringkan gol apabila sepakan percuma yang diambilnya cuma menggegar tiang gol pasukan T-Team.
Akhirnya, usaha jentera serangan pasukan Sarawak membuahkan hasil apabila Mateo Roskam berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil gerakan serangan balas pantas pada minit ke-81.
Pasukan Sarawak terus mengasak untuk mencari gol kemenangan. Namun, perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.
Keputusan seri meletakkan pasukan Sarawak di tempat ke 8 dari 12 pasukan dalam carta liga semasa.
Pasukan Sarawak akan meneruskan kempen Liga Super 2017 dengan bertandang ke Stadium Darul Aman untuk perlawanan kedua Liga Super menentang Kedah pada 27 Januari 2017.