Pasukan bolasepak bawah-18 tahun Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengakhiri Pusingan Pertama Piala Presiden mereka di tangga ke-lapan, tiga tangga di atas pasukan piala presiden milik ATM dan UiTM FC.
Dengan lapan markah daripada sembilan perlawanan, pasukan anak didik Fuad Grbesic telah menang dua kali, seri dua kali dan tewas lima kali.
Dari segi jaringan, pasukan Sarawak boleh dianggap sederhana apabila berjaya meledakkan sebelas gol, namun pertahanan Sarawak dilihat ketiga goyah di dalam Kumpulan A Piala Presiden apabila telah ditembusi sebanyak 11 kali oleh lawan.
Walaubagaimanapun, dengan pertandingan tersebut masih berbaki sembilan perlawanan, anak didik Fuad masih boleh menaiki liga dengan menghasilkan keputusan yang lebih baik pada baki perlawanan yang ada.
Di dalam Kumpulan B, pasukan B21 tahun T-Team gah di persada liga manakala Sabah terperosok di tangga terbawah kumpulan tersebut.
Walaubagaimanapun, jika kedua-dua kumpulan ini disatukan, pasukan ATM dilihat pasukan terbawah liga dengan hanya satu mata, manakala pasukan Sabah dan Sarawak akan menduduki kelompok 5 pasukan terbawah.