Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sudah pasti menarik nafas lega selepas pasukan dibawah naungannya berjaya mencapai sasaran musim ini, yakni untuk kekal di Liga Super di kedudukan ketujuh liga.
Sungguhpun demikian, wujud sedikit kekecewaan di kalangan peminat tempatan yang merasakan Sarawak sepatutnya lebih layak berada di kedudukan lima teratas liga kerana kualiti yang dimiliki skuad Sarawak pada musim ini.
Dengan tercapainya sasaran musim ini, FAS dijangka akan mengekalkan Robert Alberts sebagai pengendali skuad Bujang Senang, dan sekaligus membuat persediaan lebih rapi bagi mengharungi Piala Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.
Setakat ini, pihak kami juga tidak mengetahui sasaran pihak FAS untuk Piala Malaysia, namun jika persembahan tahun lepas dijadikan ukuran, Sarawak harus mensasarkan sekurang-kurangnya pusingan Separuh Akhir pada musim ini.