Sambung liga Ogos ini, atau Liga Malaysia mungkin dibatalkan

Tanda – tanya samada Liga Malaysia boleh disambung semula kini semakin hangat diperkatakan dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL), serta kerajaan Malaysia masing – masing mengutarakan pendapat masing – masing.

Terkini, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dilaporkan oleh Berita Harian sebagai mengesahkan bahawa hadir perancangan untuk menyambung semula Liga Malaysia pada bulan Ogos ini.

Beliau didakwa berkata bahawa saingan Liga Malaysia mesti diadakan sebelum berakhir bulan Ogos, atau musim ini mungkin terpaksa dibatalkan.

“Kita ada sehingga Ogos sahaja sebelum perlu memulakan liga kembali.

“Kalau saingan hanya boleh diteruskan pada penghujung tahun misalnya Oktober atau November, mungkin kita perlu batalkan liga.

“Ini sebab kita sudah tiada masa lagi kalau liga bermula pada penghujung tahun.

“Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi dahulu daripada kerajaan yang boleh mengesahkan bahawa Liga M boleh bersambung ataupun tidak.

“Kita pun akan adakan perbincangan mengenai perkembangan terbaru ini,” katanya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengesahkan perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada hari ini.

“Kami sudah menerima permohonan daripada menteri belia dan sukan untuk memutuskan status bola sepak, adakah ia boleh atau tidak untuk diteruskan kerana seperti yang saya umumkan, ia tidak boleh diadakan dalam masa terdekat.

“Semuanya akan dibincangkan esok (hari ini)” katanya.

Jika Liga Malaysia diteruskan, perancangan terbaru FAM dan MFL dijangka bakal menyaksikan format Piala Malaysia dan Piala FAM diubah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top