Kelab bola sepak Liga Super, Sabah mahu berada dalam kedudukan lima teratas pada penghujung musim Liga Super 2022.
Kempen Sabah akan bermula seaawal Mac tahun depan dengan ketua jurulatihnya, Ong Kim Swee, berharap pasukan bimbinganya mampu melangkaui sasaran itu.
“Saya berharap kita mampu mencapai melebihi daripada apa yang kita inginka. Namun kita tidak boleh terburu-buru sehingga bersikap sambil lewa dalam mengharungi setiap perlawanan.” beliau dipetik berkata dalam artikel keluaran laman web rasmi kelab tersebut.
“Daripada satu perlawanan ke satu perlawanan jika kita mampu mencapai kejayaan, saya percaya kita mempunyai peluang terbaik untuk mencipta sejarah atau pun melakar satu kejayaan terbaik buat pasukan Sabah FC musim ini,” katanya lagi.
Dalam perlembangan sama, Kim Swee belum dapat memberi bayangan pasukan pilihannya kerana masih ada pemain yang masih cedera.
Jurulatih berpengalaman itu walaubagaimanapun percaya senarai pemain utama beliau akan siap dan dikenalpasti dalam beberapa minggu lagi.
“Saya masih belum mendapat kesebelasan terbaik untuk diturunkan dalam setiap perlawanan. Ada dalam kalangan pemain masih dibelenggu kecederaan di samping mempunyai masalah tertentu.
“Namun saya percaya dalam dua minggu akan datang keserasian dalam kalangan pemain akan bertambah baik sekali gus memudahkan kita memilih kesebelasan utama kelak,” katanya lagi.
Sabah dilihat berbelanja besar musim ini untuk memastikan pasukan tersebut mampu mencabar dalam Liga Super 2022.
Kelab tersebut telah juga melancarkan jersi baharunya yang anda boleh lihat di sini.