Pasukan Liga Premier Sabah FA hampir malu apabila skuad sang Badak itu ketinggalan dua gol kepada pasukan Bawah 21 Tahun Sabah di dalam satu perlawanan persahabatan baru-baru ini.
Skuad bimbingan jurulatih Croatia Vjeran Simunic menerima tamparan hebat apabila anak buah Justin Ganai meledakkan dua gol menerusi Shakoy Jusit dan Md Ikmal Akid Bahari pada separuh masa pertama.
Sabah yang kini sedang giat membuat persiapan bagi musim baru Liga Premier berjaya mendekatkan jurang gol melalui gol Umareng Bacok, sebelum Prince Tochukwu Nnake berjaya menyamakan kedudukan.
Vjeran dalam pada itu memohon peminat Sabah agar bersabar dengan pasukan bimbingannya kerana Sabah masih lagi di dalam proses pembikinan untuk kegemilangan masa hadapan.