Juara Liga Premier 2019, Sabah FA akan terpaksa melantik jurulatoh baharu pada musim hadapan.

Menurut laporan Berita Harian, Sabah terpaksa berbuat demikian berikutan hakikat bahawa Julius Ating tidak memiliki lesan kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menjadi antara syarat untuk setiap pasukan yang mahu bertanding ke Liga Super pada tahun 2020.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, dalam pada itu dipetik oleh akhbar tersebut sebagai berkata bahawa rayuan telah dihantar untuk membolehkan Julius terus menjadi Ketua Jurulatih Sabah pada musm hadapan, namun rayuan tersebut ditolak.

Anthony juga mengesahkan beberapa calon sudah dikenalpasti sebagai pengganti Julius kelak.

Anthony dipetik akhbar tersebut sebagai berkata “Kami telah cuba mengemukakan rayuan kepada FAM untuk memberi kelonggaran agar Jelius dapat terus membimbing skuad Sabah namun gagal.

“Kalau saya, sudah pasti saya pilih Jelius kerana sumbangan besarnya sehingga pasukan kita berjaya muncul juara Liga Perdana musim ini serta layak beraksi di Liga Super musim depan.

“Bagaimanapun kita terpaksa akur dengan peraturan ditetapkan FAM pihak SAFA juga telah mengenal pasti beberapa calon yang sesuai bagi menggantikan tempat Jelius,”.

Laporan Berita Harian itu juga mengesahkan bahawa pihak SAFA akan menggalakkan Julius mengambil Lesen kejurulatihan Pro A AFC dalam masa terdekat.

Sabah telah melayakkan diri ke Liga Super pada musim hadapan selepas muncul juara Liga Premier pada musim ini.

Pasukan bola sepak Sabah juga telah berjaya menjadi pasukan pertama dari Borneo Malaysia mendapat Lesen Kelab Bola Sepak.