Sabah FA pasukan Borneo Malaysia pertama miliki lesen kelab bola sepak

Biarpun ini kali pertama membuat permohonan lesen kelab bola sepak, pasukan Sabah FA telah lulus dengan cemerlang.

Ini sekaligus menyaksikan Sabah FA muncul pasukan pertama di Borneo Malaysia mendapat lesen kelab bola sepak selepas First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM, meluluskan permohonan pasukan Sang Badak itu. Turut mendapat lesen kelab bola sepak adalah Negeri Sembilan FA, dan UITM FC.

Sabah FA yang sebelum ini bermain di Liga Premier, berjaya menjuarai liga tersebut dan akan bermain di Liga Super secara automatik pada musim hadapan.

Sungguhpun demikian, Sabah FA tidak memiliki lesen kelab bola sepak yang diperlukan oleh setiap pasukan di Liga Super kerana Malaysia Football League (MFL) hanya mensyaratkan pasukan Liga Super sahaja yang memiliki lesen tersebut pada musim 2019.

Sungguhpun demikian, MFL telah mensyaratkan semua pasukan di Liga Premier dan Liga Super memiliki Lesen Kelab Bola Sepak pasa tahun 2020, dan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) telah dengan tangkas menyusun atur dokumen dan keperluan untuk mendapatkan lesen kelab bola sepak bermula pada bulan Julai 2019 lagi.

Dengan Sabah kini memiliki lesen kelab bola sepak, kemasukan pasukan Sang Badak ke Liga Super pada musim hadapan dilihat mudah dan tanpa sebarang isu pentadbiran, sekaligus menyaksikan pasukan yang dibimbing oleh Julius Ating itu memberi fokus sepenuhnya kepada aksi di dalam padang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top