Kedua – dua pasukan Sabah FA dan Sarawak FC menanggung kos yang tinggi untuk bermain di Liga Malaysia.

Perkara demikian dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), POsa Majais kepada akhbar Borneo Post.

Menurut Posa, pasukan yang bertanding di Liga Malaysia seharusnya mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh di mana pasukan memerlukan sekurang – kurang RM1 juta untuk bertanding di Liga M4.

“Untuk bermain di dalam Liga Malaysia, sesebuah pasukan perlu mempunyai kewangan yang kuat kerana anda memerlukan sekurang – kurangnya RM1 hingga RM2 juta untuk bermain di Liga M4, apatah lagi di Liga Super.” jelas Posa kepada Borneo Post.

“Kos penerbangan adalah amat tinggi, dan kami perlu terbang ke Semenanjung Malaysia 12 kali untuk bermain di tempat lawan berbanding pasukan Semenanjung yang cuma perlu terbang ke Sabah dan Sarawak sekali sahaja” kata Posa lagi.

Posa juga mendedahkan bahawa Sarawak terpaksa menanggung kos RM40,000 – RM50,000 untuk setiap perlawanan di tempat lawan.

Pasukan Sabah dan Sarawak juga perlu membayar kos penginapan, pengangkutan, makanan dan lain – lain kos apabila berkunjung ke Semananjung untuk sehari atau dua sebelum perlawanan.

“Pada masa dahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menaikkan peruntukan tetapi ianya masih sukar untuk menutup kos yang tinggi ini” jelas Posa lagi.

Posa dalam pada itu berkata bahawa dia akan membangkitkan isu peruntukan ini di dalam mesyuarat FAM pada bulan Hanuari kelak.

FAS sudah tiga tahun di bawah pentadbiran Posa selepas persatuan tersebut melantiknya pada tahun 2017.