Pengendali skuad Sarawak, Robert Alberts mengesahkan penyerang dari Australia Ryan Alan Griffiths bakal menggantikan penyerang dari Iran, Alireza Abbasfard.
Beliau berkata penyerang dari kelab Adelaide United yang berumur 33 tahun itu akan tiba di sini pada 10 Mac ini.
Pengalaman dan kelincahan Griffiths amat diperlukan untuk mempertajamkan bahagian serangan Sarawak, katanya kepada Bernama.
Griffiths sebelum ini pernah menjalani pemilihan dengan skuad Sarawak pada penghujung musim lalu untuk bermain di musim ini, tetapi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah memilih Alireza, menyebabkan beliau pulang dan menandatangi kontrak bermain dengan Adelaide United.
Beliau juga pernah mewakili kelab Newcastle Jets (2011-2013) serta Beijing Baxy di China (2013).
Alberts berkata FAS terpaksa melepaskan Alireza kerana gagal mempamerkan mutu permainan yang diharapkan walaupun pernah mewakili pasukan Iran untuk kejohanan Piala Dunia.
Sumber: BERNAMA @ Penyerang Adelaide United sertai Sarawak
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] Crocs have already confirmed the signing of Ryan Griffith whom will be arriving in Kuching […]
[…] replacements were signed with Ryan Griffith said to be a top striker in the Vietnam League, and Hassan Mohammad able to impress during the […]