Ronny bakal kekal ketua pasukan Bujang Senang 

Pemain kelahiran Sabah, Ronny Harun, dijangka bakal kekal diberi kepercayaan sebagai ketua pasukan Sarawak FA bagi musim 2017.

Ronny yang merupakan satu daripada tiga pemain bukan Sarawak yang dikekalkan oleh pasukan Bujang Senang, dijangka akan memainkan peranan penting sebagai pemain pertahanan apabila kempen Liga Malaysia bermula kelak.

Menurut Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop, Ronny adalah satu inspirasi kepada pemain muda Sarawak yang rata-rata akan diketengahkan pada musim ini oleh pasukan yang bertapak di Kuching itu.

Pasukan Bujang Senang musim ini adalah yang paling ‘Sarawak’ pernah dilihat sejak Sarawak kembali ke Liga Super tiga tahun lalu, dengan hampir 90 peratus merupakan anak jati Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top