Penyerang sensasi Patrick Ronaldinho Wleah kini merupakan penjaring terbanyak di Liga Premier dari pasukan Sarawak.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Football League (MFL), Ronaldinho kini telah menjaringkan tiga gol untuk pasukannnya Sarawak United A (SUA).
Ini sekaligus meletakkan penyerang pasukan utama Sarawak United FC itu di kedudukan kedua senarai penjaring terbanyak Liga Premier 2020 buat masa ini, berkongsi tempat dengan Francis Kone yang bermain untuk pasukan Kuala Lumpur FA.
Di kedudukan pertama adalah penyerang berbahaya Pulau Pinang, Casagrandre.
Selain Ronaldinho, pemain dari pasukan Sarawak yang turut tersenarai di dalam senarai penjaring terbanyak Liga Premier selepas dua minggu perlawanan adalah penyerang Kuching FA, Rafiezan Razali dengan dua gol, dan Alif Hassan, Milad Zanidpour dan Demerson Bruno dengan satu gol masing-masing.
Liga Premier akan bersambung semula untuk perlawanan minggu ketiga malam ini dengan Kuching FA dijadualkan bertemu Terengganu FC II di Stadium Sarawak, dan SUA bertemu pasukan simpanan Selangor FC malam esok.