Ronald Hikspoor yang dikeluarkan pada minit kedua perlawanan Sarawak menentang Selangor dikhabarkan mengalami kecederaan panjang yang mungkin memerlukan rawatan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan.
Maklumat ini didedahkan page bolasepak Shoot Sampe Bisak Net Tiang Gol Ya hari ini, dan pihak kami sedang berusaha mendapatkan pengesahan maklumat ini dari sumber-sumber kami.
Jika maklumat didapati sahih, maka Sarawak bakal memulakan pencarian pemain import baharu pada bulan April seperti tahun-tahun sudah.
Wujud juga ura-ura bahawa bekas pertahanan Sarawak Gabor Gyepes akan kembali ke skuad Bujang Senang, namun buat masa ini, belum ada berita berkenaan pemain Hungary tersebut.