Rombakan jadual Liga Premier terbaru melibatkan semua pasukan

Malaysia Football League (MFL) hari ini mengeluarkan jadual Liga Premier terbaharu yang mana menyaksikan beberapa perlawanan tertunda sebelum ini dijadualkan semula.

Perubahan tersebut menyaksikan Kuching City kini akan berdepan Terengganu II pada 17 September, selepas perlawanan tersebut tidak berjaya dilangsungkan pada 17 Ogos lalu.

Perlawanan yang akan berlangsung di pasir Gudang itu dijadualkan pada jam 4.45 petang.

Sementara itu, semua perlawanan terakhir bagi Liga Premier musim ini kini dijadualkan pada masa dan hari yang sama, yakni Selasa, 21 September pada jam 9 malam.

MFL menjelaskan perubahan jadual bagi perlawanan terakhir itu terpaksa dilaksanakan kerana masih ada perlawanan tertunda.

Perubahan jadual itu berkuatkuasa serta merta.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top