Sarawak FA dilihat akan menggunakan sepenuhnya peluang untuk menandatangani seorang pemain import setelah Malaysia Football League (MFL) pengesahan Sarawak kini boleh menandatangani seorang pemain sahaja pada jendela perpindahan kini.

Adalah difahamkan Rodrigo Amorim bakal menjadi pemain import terbaharu Sarawak ekoran keputusan MFL itu.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Menurut sumber-sumber kami, pemain Jepun Yohei Iwasaki tidak akan ditandatangani dan telah meninggalkan Kuching sebelum keputusan MFL diketahui.

Pemain yang akan diganti Rodrigo tidak dinamakan oleh Sarawak buat masa ini namun ianya menjadi spekulasi kuat di media sosial bahawa Muamer Salibasic akan digugurkan dari pasukan sebagai pemain import.

Biarpun digugurkan Salibasic difahamkan akan masih terus bersama pasukan Sarawak di dalam kapasiti berlainan.

Sarawak kini terdesak untuk mengubah nasib di Liga Premier selepas gagal memenangi lima perlawanan sebelum ini, dan kini menghuni kedudukan kedua terbawah di Liga Premier.

Jika Sarawak terus gagal mengutip mata penuh pada perlawanan akan datang, Sarawak berkemungkinan akan tersingkir ke Liga M3 musim hadapan.