Jurulatih Sarawak Robert Albert melahirkan perasaan kurang senangnya terhadap dua pemain import Sarawak, Muamer Salibasic dan Hassan Mohammad (gambar berbaju merah).
Menurut laporan akhbar tempatan New Sarawak Tribune, Robert merasakan kedua-dua pemain gagal memberikan persembahan terbaik dan harus bertindak lebih cemerlang dalm aksi akan datang sekiranya mahu dikekalkan bersama skuad Sarawak.
Laporan akhbar tersebut menyebut bahawa Robert merasakan bahawa Sarawak amat bergantung kepada kehebatan pemain asing, dan ini membuatkan kedua-dua pemain tersebut perlu menyengat apabila beraksi. Robert juga dilaporkan telah menyatakan beliau begitu kecewa dengan Muamer yang sepatutnya sudah mula beraksi dengan baik kerana sudah tiga kali bermain selepas diistiharkan sembuh oleh doktor.
Tambah laporan tersebut, kedua-dua pemain telah dimaklumkan berkenaan keperluan mereka beraksi dengan lebih cemerlang oleh jurulatih kelahiran Belanda tersebut.
Dalam perlawanan menentang Sime Darby, Sarawak mendahului 2-0 sebelum mendapati dirinya tewas 3-2 kepada pasukan kelab yang menggelar dirinya ‘The Giang Killers’.