Jurulatih Sarawak Robert Alberts dalam satu temuramah dengan Mr Kopi semalam mendedahkan beliau tidak gembira dengan dakwaan bahawa beliau mempunyai masalah dengan jurulatih Piala Belia, Fuad Grbesic.
Robert berkata bahawa hubungan beliau dengan Fuad adalah sangat professional, dan beliau dan Fuad mempunyai hubungan yang sangat baik. Beliau memohon agar pihak terbabit agar mendapatkan penjelasan daripada beliau dahulu sebelum membuat apa-apa tuduhan.
Dalam pada itu, Robert juga menafikan ura-ura di beberapa page Facebook yang menyatakan beliau mengambil komisyen setiap kali berlaku pembelian pemain import baharu. Beliau menegaskan bahawa semua omongan tersebut adalah satu penipuan besar dan tidak harus dilakukan.
Tambah Robert, beliau tidak sama sekali mempunyai kepentingan kewangan di dalam perpindahan pemain, dan mendedahkan bahawa beliau tidak pernah mengambil sesen pun daripada mana-mana pembelian pemain, tempatan mahupun import.
Sebelum ini, pihak SarawakCrocs.com menulis sebuah artikel yang membuat spekulasi samada status Robert di Stadium Negeri selamat berikutan prestasi skuad Bujang Senang yang terumbang ambing, dan penyataan tidak puas hati oleh peminat di laman sosial.