Walaupun peminat mula panik dengan persembahan kurang memberangsangkan skuad Bujang Senang, pengendali skuad tersebut masih optimis dengan skuad yang beliau gambarkan sebagai ‘tiada pemain bintang’.
Menurut Robert Alberts, ketua jurulatih Sarawak ketika diteuramah oleh Mr Kopi dari SarawakCrocs.com, skuad kendaliannya hanya tewas sekali sahaja apabila bermain di Kuching, dan di dalam liga, Sarawak tidak pernah tewas lebih daripada dua gol di dalam mana-mana perlawanan.
Tambah Robert, beliau berpendapat bahawa kedudukan ke-8 di dalam liga bagi musim 2015 adalah lebih realistik sebagai sasaran musim ini.
Robert dalam temuramah sama turut menyatakan beliau merasakan pencapaian pasukan beliau adalah baik sungguhpun skuad kini tidak mempunyai ramai pemain bintang seperti pasukan-pasukan lain di dalam Liga Malaysia. Pada awal temuramah tersebut, Robert menyatakan bahawa peminat kurang arif berkenaan perbezaan jurulatih dan pengurus pasukan.