Robert dedah nama calon-calon import baharu

Robert Alberts telah mendedahkan senarai beberapa calon import yang akan mencuba nasib di Sarawak pada minggu ini, dimana kesemua pemian tersebut dikatakan bermain di posisi pertahanan.

Menurut sumber kami, Mr Kopi, dua antara pemain tersebut ialah Patrick Gerhardt dan Timothy Dressen.

Patrick yang pernah bermain di Liga Australia, mempunyai ketinggian 1.82m, dan berumur 29 tahun. Beliau yang berasal dari Liberia dilihat mempunyai rekod bermain yang baik untuk semua pasukan yang diwakilinya, serta pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Liberia sebanyak dua kali.

Mengikut sumber online transfermarkt.com, Patrick kini tidak mempunyai kelab dengan kelab terakhir yang disertainya adalah Al-Zawraa di Iraq. Berdasarkan rekod, Patrick juga berkebolehan bermain sebagai pemain tengah.

Timothy Dressen pula berasal dari Belgium, dimana beliau banyak menghabiskan masa bersama tiga kelab yakni Club Brugge dan Lierse yang bermain di liga tertinggi di Belgium, dan Fortuna Sittard, yaitu liga kedua terbaik di Belanda.

Pada tahun lepas, Timothy bermain untuk pasukan liga Scottish, Ross County F.C, sebelum beliau dilepaskan oleh kelab tersebut ekoran perubahan jurulatih yang turut menyaksikan Ross Country melepaskan dua lagi pemain pertahanan. Pemain berketinggian 1.9m ini berumur 28-tahun, dan merupakan antara pemain yang sering dipanggil untuk mewakili negara Belgium semasa beliau masih di peringkat bolasepak Belia.

Seorang lagi pemain yang sudah dikenalpasti dan kini sedang giat berlatih bersama skuad Sarawakuntuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronald Hikspoor adalah Bogdan Vasail.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top