Kumpulan penyokong GB13 hari ini mengeluarkan kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan bahawa mereka mendapat maklumat yang Robert Alberts telah bersetuju untuk melepaskan jawatan beliau sebagai ketua jurulatih Sarawak.
Menurut kumpulan penyokong tersebut, Robert dikatakan sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono untuk melepaskan jawatan beliau sebagai jurulatih Sarawak dan satu kenyataan rasmi akan dibuat lewat hari ini berkenaan keputusan tersebut.
Di laman sosial twitter, pihak SarawakCrocs.com juga dihujani dengan persoalan sama dengan pelbagai pihak bertanya jika ada kebenaran berkenaan maklumat peletakan jawatan Robert.
Menurut satu sumber lain yang kami tidak dapat kenalpasti, Robert dikatakan telah dipecat dan bukannya meletak jawatan.
Buat masa ini, pihak kami belum dapat mengesahkan sebarang maklumat berkenaan status Robert yang rasmi dan masih menunggu sumber-sumber kami yang boleh dipercayai untuk mengesahkan sebarang maklumat yang telah didedahkan.