Bekas ketua Persib, yang juga merupakan mantan Ketua Jurulatih Sarawak FA, Robert Alberts, percaya bahawa Indonesia beruntung dapat menganjurkan Piala Dunia Bawah-20 Tahun pada 2021.
Menurut Alberts, banyak perkembangan positif yang boleh dinikmati oleh Indonesia hasil penganjuran tersebut.
Ini termasuklah naik taraf stadium dan kemudahan di Indonesia menjadi setaraf dengan kehendak FIFA.
Selain itu, Roberts turut mendakwa bahawa beliau juga melihat bagaimana Malaysia menjadi penganjur kejohanan tersebut dan kesannya kepada bola sepak tempatan.
Beliau menekankan kesan penjagaan stadium selepas kejohanan tersebut kelak sambil dipetik portal tersebut sebagai berkata bahawa jika Indonesia menjaga stadium-stadium Piala Dunia selepas kejohanan dengan baik, negara tersebut bakal memiliki banyak kemudahan stadium bertaraf FIFA.
Roberts dipetik Tribun Jabar sebagai berkata “Saya juga pernah melihat Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia U‑20. Yang terjadi di Malaysia adalah mereka memperbaiki stadium untuk memenuhi standard FIFA, itu hal yang positif. Tapi hal besar lainnya yang harus diperhatikan ialah penjagaannya.
“Akan ada banyak stadion dengan lapangan yang bagus dan juga fasilitasnya,”
Indonesia telah baru-baru ini diberikan hak penganjuran Piala Dunia B20 2021.
Selaras dengan itu, Indonesia akan menaik taraf sepuluh stadium yakni Stadium Utama Gelora Bung Karno (Jakarta), Stadium Pakansari (Kabupaten Bogor), Stadium Manahan (Solo), Stadium Mandala Krida (Yogyakarta), Stadium Kapten I Wayan Dipta (Bali), Stadium Patriot Candrabhaga (Bekasi), Stadium Wibawa Mukti (Kabupaten Bekasi), Stadium Si Jalak Harupat (Kabupaten Bandung), Stadium Gelora Bung Tomo (Surabaya), dan Stadium Gelora Sriwijaya (Palembang).