Musim Liga Malaysia (Liga-M) 2018 semakin menghampiri ke kemuncak.
Suku akhir Piala Malaysia dan separuh akhir Challenge Cup akan berlangsung minggu hadapan. Namun ada satu “pattern” yang dilihat mengganggu sistem liga M ini.
Dari 12 pasukan yang tinggal hanya empat sahaja pasukan negeri yang kekal bertanding.
Perak, Pahang, Sabah dan Kelantan sahaja wakil pasukan negeri di Piala Malaysia dan tiada pasukan negeri di Challenge Cup.
Persoalannya, masih relevankah pasukan negeri untuk bertanding di Liga M?
Banyak pasukan negeri dilihat tenat dan ini harus ditamatkan segera dan ini termasuklah Sarawak FA.
Semua pasukan harus diswastakan dan dana kerajaan boleh disalurkan kepada bahagian yang lebih memerlukan.
Empat pasukan negeri yang kekal bersaing adalah pasukan yang biasa dan mempunyai kewangan yang kukuh dalam liga. Kebanyakan pasukan negeri dilihat sudah hampir gulung tikar dengan aduan bayaran gaji yang lambat atau tidak dibayar langsung.
Perlis mendahului senarai diikuti Sarawak, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan. Kesemua pasukan ini sangat bergelut dalam liga dan juga bergelut dalam pembayaran gaji pemain.
Negeri lain dilihat sudah mula ke arah penswastaan pasukan dan mula menjadikan bola sepak sebagai perniagaan. Malah banyak juga kelab-kelab sosial yang muncul dengan kewangan yang lebih kukuh berbanding pasukan negeri.
Oleh itu sekali lagi pasukan negeri seperti Sarawak FA dilihat sudah tidak relevan.
Wang geran berjuta-juta setahun yang diperuntukan dari kerajaan negeri seharusnya digunakan untuk benda lebih baik seperto pendidikan atau kesihatan. Jika ingin ke bolasepak pun, ianya haruslah digunakan untuk membangunkan pasukan bolasepak di peringkat bawahan dan akar umbi dan bukannya menyokong satu pasukan yang bertindak membeli pemain luar untuk menaikkan nama satu-satu negeri.
Dalam pada itu, pasukan bolasepak profesional harus diswastakan dengan wang penajaan dan hak penyiaran seharusnya digunapakai untuk bola sepak. Fikir-fikirkanlah. – SARAWAKCROCS.COM/JJF
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Tak buang duit rakyat je
Tengok siapa yg urus tadbir persatuan itu dulu, kalau tiada perubahan, tiada kesalahan utk tidak ikut bertanding kalau bertanding pun cuma mencukupkan kolum …
Kalau swak mmg x releven langsung
Kalau swak mmg x releven langsung
relevan .
Stop dolok 2@3 tahun…berik settle semua masalah..ambik masa crik player berkualiti..and then built the good teamwork..
semua dh bayar sik
Releven…tp mok spray racun dlm pgurusan bola sepak Srwk. Sbb byk semak samun yg xda kbaikn…
If they’re not serious they better pack up and go home! Otherwise they will only bring shame rather than glory!