Real Chukai berjaya kutip dana untuk ke Kuching

Pasukan Liga M4, Real Chukai FC berjaya memungut cukup wang untuk membolehkan pasukan tersebut membuat perjalanan ke Kuching untuk perlawanan pusingan satu Piala FA 2020.

Dijadualkan untuk menentang Sarawak FA pada 23 Februari ini, Real Chukai menghadapi masalah untuk menampung perbelanjaan untuk ke Kuching ekoran kos RM19,500 yang perlu dikeluarkan untuk bayaran pengangkutan dan penginapan.

Pasukan bertapak di Terengganu itu telah telah kemudiannya membuat permintaan sumbangan melalui media sosialnya, sekaligus menyaksikan ramai pihak memberi respon untuk membantu.

Antara yang disebut memberi sumbangan adalah Ahli Dewangan Undangan Negeri Chukai sendiri, YB Haji Hanafiah Mat dan Harini Sdn Bhd.

Harini menyumbangkan RM5,000 untuk kos perjalanan ke Kuching.

Menariknya, syarikat Harini Sdn Bhd juga adalah syarikat sama yang menjadi penaja utama pasukan Sarawak FA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top