Kelab bola sepak bercita – cita untuk melayakkan diri ke Liga Super pada musim 2022.
Pengarah kelab tersebut, Posa Majais menyatakan hasrat tersebut apabila mengumumkan senarai nama pemain pasukan kelab tersebut.
Posa berkata bahawa pihaknya sedar akan sasaran penyokong dan telah merangka pelan jangka masa pendek bagi mencabar kejuaraan Liga Premier 2021 atau sekurang – kurangnya layak ke Liga Super 2022.
“Kami menyedari kepentingan untuk melipat-gandakan usaha bagi menarik khidmat pemain-pemain yang boleh membantu SUFC naik ke Liga Super 2022”. kata Posa kepada pemberita.
“Kami mempunyai tanggungjawab kepada para penyokong, pemegang taruh, penaja dan negeri Sarawak untuk memastikan ‘The Golden Hornbills’ memacu Sarawak mencapai kejayaan di dalam bola sepak.” jelasnya lagi.
Sarawak United telah mengumumkan senarai pemain yang terkenal bagi mewakili kelab tersebut pada musim hadapan dengan tidak kurang lima pemain merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia.
Pada tahun 2020, pasukan milik Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) ini gagal menyerlah apabila menduduki tangga ke-10 Liga Premier.