Kedudukan pasukan bolasepak Malaysia berubah di dalam ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) yang di keluarkan pada hari ini.
Mengikut kedudukan terbaru itu, skuad Harimau Malaysia bimbingan jurulatih Ong Kim Swee kini berada di tangga 166, naik lima anak tangga dari kedudukan terdahulu, yaitu 171.
Perubahan ranking Malaysia adalah yang paling positif di kalangan negara-negara dibawah naungan Konfiderasi Bolasepak Asia (AFC), namun di peringkat Asia Tenggara, Malaysia masih terletak di bawah Thailand, Vietnam, Filipina dan Singapura dari seki kedudukan.
Perubahan positif kedudukan Harimau Malaysia ini sedikit sebanyak memberi jurulatih baharu Ong Kim Swee sedikit galakan untuk terus memperkuatkan barisan utama Malaysia, sekaligus membolehkan Malaysia naik ke kedudukan lebih tinggi di dalam rangking FIFA pada masa hadapan.