Ramai peminat bolasepak Sarawak gagal….

Dengan berakhirnya kempen bolasepak Sarawak untuk musim ini, kini timbul pula persoalan jika pasukan kini harus dikekalkan, atau diubah.

Dari segi luaran, sememangnya ramai peminat bolasepak Sarawak yang merasakan bahawa pasukan yang dipanggil dengan gelaran ‘Bujang Senang’ ini telah gagal di persada bolasepak Malaysia. Mana tidaknya, pasukan bimbingan David Usop terpaksa bertarung sengit untuk kekal di Liga Super untuk musim hadapan, gagal mara lebih dari peringkat kumpulan di Piala Malaysia, dan tersingkir awal daripada Piala FA.

Walaubagaimanapun, ramai peminat bolasepak Sarawak gagal mengenalpasti hakikat bahawa pasukan Bujang Senang pada musim 2016 sebenarnya telah meningkatkan prestasi mereka di Liga Super berbanding musim lalu (2015).

Ini dapat dilihat dengan membandingkan kedudukan terakhir pasukan Bujang Senang pada kedua-dua musim dimana Sarawak pada musim ini mengakhiri kempen mereka di tangga ke-8, berbeza dengan pencapaian musim lalu (2015), di tangga ke-10.

Dari segi pungutan mata, Sarawak berjaya mengutip 24 mata musim ini, berbanding hanya 19 pada musim lalu, dan jumlah jaringan juga meningkat kepada 32 gol berbanding hanya 28 pada musim sebelumnya.
sarawak-rank
Di Piala Malaysia, pencapaian Sarawak sememangnya lebih buruk berbanding musim lalu, namun pencapaian Sarawak di dalam Piala FA lebih baik apabila berjaya ke Pusingan kedua pada musim ini.

Dengan peningkatan dari segi pencapaian, maka tidak hairanlah jika pihak pengurusan akan terus memberi Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop semusim lagi bagi membolehkan beliau memperbaiki lagi pencapaian Sarawak pada musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top