K. Rajagobal telah menyatakan bahawa beliau akan mencari pengganti Joseph Kalang Tie yang telah berhijrah ke Terengganu FA musim hadapan.
Menurut juruatih baru Sarawak FA, beliau menghormati keputusan Joseph dan semua pihak harus berbuat demikian juga.
Rajagobal turut menambah bahawa beliau turut mengagumi cara Joseph bermain sambil menyifatkan Joseph sebagai pemain yang bagus.
Rajagobal turut mendedahkan bahawa Sarawak ingin mengekalkan Joseph di Stadium Negeri, namun Joseph sendiri telah memutuskan untuk berhijrah.