Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (PAFA) hari mengumumkan penggantian Ketua Jurulatih Jacksen Tiago dengan Manzoor Azwira berkuat kuasa serta merta.
Keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat tergempar pihak pengurusan tertinggi PAFA pagi tadi.
Selain daripada merehatkan Jackson, PAFA turut mengumumkan penerimaan peletakkan jawatan En Laurence Loh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pro FA Penang dan pengumumamn bahawa surat amaran akan diberikan kepada pemain pemain yang gagal memberikan persembahan yang memuaskan setelah meneliti laporan prestasi pemain dalam perlawanan menentang Sarawak kelmarin.
Keputusan yang diambil PAFA hari ini dilihat sebagai langkah drastik untuk memastikan Pulau Pinang terus berupaya bersaing di Liga Super musim ini, terutama sekali apabila Pulau Pinang tewas kepada Sarawak di tempat sendiri malam tadi.
Dalam pada itu, PAFA juga turut mengumumkan akan membuat perjumpaan dengan semua pemain agar mereka sedar akan sasaran pasukan musim ini.
Dapatkan baju rasmi dan original SarawakCrocs di www.3ciety.com sementara stok masih ada.


![[FA Cup] Sarawak vs Penang FA](https://i0.wp.com/www.sarawakcrocs.com/wp-content/uploads/2014/01/Penang.jpg?fit=660%2C250&ssl=1)


