Ketua Jurulatih Kuching FA, Sharizan Sahari melahirkan perasaan puas hati beliau terhadap persembahananak buah beliau, meskipun tewas tipis kepada pasukan Sime Darby FC Ahad lalu.
Menurut Sharizan, bermain dengan sepuluh orang dari minit ke-20 perlawanan bukan mudah, dan kekalahan tipis itu membuktikan komitmen dan semangat juang pasukan beliau yang tinggi.
Sharizan turut menyatakan bahawa sungguhpun bermain dengan 10 orang, pasukan beliau masih mampu melakukan serangan terhadap gawang Sime Darby, dan beliau mahu melupakan kekalahan kepada Sime Darby, dan fokus kepada perlawanan menentang SAMB kelak.
Biarpun tewas, Kuching FA masih di kedudukan ketiga Liga FAM Kumpulan B dengan tiga mata, hasil kemenangan sulung mereka pada perlawanan pembukaan dua minggu lepas.