MIRI – Program Pembangunan Sukan Bolasepak Miri dilihat berjaya menghasilkan pemain muda bagi bagi Sarawak selepas dua pemain daripada program tersebut berjaya mengikat kontrak bersama pasukan Piala Presiden Sarawak pada bulan April lepas, hasil daripada kerja keras Pusat Pembangunan Sukan Bolasepak MSNS Bahagian Miri.
Pusat Pembangunan Sukan Bolasepak MSNS Bahagian Miri dalam pada itu telah mengadakan satu program pada minggu lepas dengan Mohd. Hakimi Bin Man menjadi antara jurulatih yang turut hadir memberi tunjuk ajar.
Berdasarkan reaksi dan maklum balas dari Koordinator Sukan Bolasepak Majlis Sukan Negeri Sarawak, En. Mohammad Bin Mantali, program tersebut dilihat mencapai objektifnya dengan perancangan sistem latihan dan pelan harian yang amat lengkap.
Kelab Bolasepak Sibuti Bavarian dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kelab tersebut “berasa gembira dan amat teruja menerima kehadiran dari wakil Majlis Sukan Negeri Sarawak yang memantau perkembangan program Pusat Pembangunan Sukan Bolasepak MSNS Bahagian Miri pada 07 Julai 2017 yang lepas”.
Selain Hakimi, jurulatih lain yang aktif membantu mengendalikan pusat ini adalah Fadillah Ibrahim, Iionel Lineker Barat, Ismail Lumut, Saufi Saini dan Hamri Haji Ali.