Ketua jurulatih Kuchihng City FC, Irfan bakti menyatakan beliau belum berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika pasukan bimbingannya menewaskan Kelantan FC.
Dalam perlawanan tersebut, Kuching City menang 3-1, namun Irfan menyifatkan persembahan pemainnya tidak mencapai kemampuan sebenar.
Malah, Irfan mendedahkan pasukanya hanya berlatih selama dua minggu sebelum perlawanan ini, dan beliau memberi pujian kepada pemain atas kemampuan mereka menyesuaikan diri dengan situasi latihan yang ‘kurang sempurna’.
Dalam pada itu, Irfan yang ditemui selepas tamat perlawanan juga memberitahu bahawa pasukannya tidak ada mengadakan sebarang perlawanan kompetitif sepanjang Liga Malaysia tergendala dan hanya dapat membuat latihan perlawanan bersama pasukan Piala Presiden Kuching City dan Sarawak United sebelum memainkan perlawanan menentang Kelantan FC.
“Ini perlawanan pertama kami secara kompetitif selepas perlawanan ditunda selama empat bulan jadi saya nampak pemain pemain saya kurang memberangsangkan tetapi saya gembira pemain berjaya mengadaptasikan diri dengan situasi.” kata Irfan selepas perlawanan.
“Kami hanya berlatih sahaja. Berlatih pun selepas kerajaan negeri beri pelepasan. Kami baru berlatih dua minggu dan kami hanya bermain dengan pemain piala presiden kami sendiri dan pemain piala presiden Sarawak. Itu saja sebelum perlawanan pertamna kamilah.” ujar Irfan.
Sungguhpun tidak merasakan pemainnya bermain mengikut keupayaan sebenar, Irfan tetap bangga dengan pemainnya yang menunjukkan kesungguhan sambil menyatakan bahawa beliau gembira dengan tiga mata yang diperolehi.
“Kami menunjukkan permainanan yang bersungguh sungguh, tetapi ianya bukanlah permainan yang baik sangat. Walau macamanapun saya puas hati dengan tiga mata.” katanya lagi.