Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Damian Yeo telah meletak jawatan.
Damian telah mengumumkan sediri perkara tersebut di laman sosial beliau.
Damian dalam mesej pengunduran beliau menatakan beliau telah berjaya menyelesaikan hutang MUSA sebanyak RM5.7 juta dan ini termasuk wang sebanyak RM2.6 juta yang dikeluarkan beliau sendiri.
Beliau juga mengesahkan bahawa sebanyak RM1.4 masih tertunggak kepada pasukan Presiden 2018/2019, Belia 2018/2019, pengurusan dan agensi statutori yang perlu dibayar sekaligus menyatakan bahawa isu politik dan COVID19 yang berpanjangan akan mengugat masalah kewangan MUSA.
Dalam perkembangan sama, MUSA juga telah mengesahkan peletakan jawatan Damian, dan telah mengucapkan terima kasih kepada Damian sepanjang empat bulan beliau menerajui MUSA.
Peletakan jawatan Damian susulan pelantikan automatik Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md. Ali untuk menjawat jawatan Presiden MUSA.
MUSA dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada mantan Presiden MUSA, YB Tn Damian Yeo Shen Li.
Setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang lebih 4 bulan menerajui persatuan ini.
Ikhlas daripada kami warga MUSA. pic.twitter.com/75hPEFdBuw
— Melaka United SA (@MelakaUnitedSA) March 19, 2020