Presiden FAS kini berbakti untuk negara

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais kini berada di Kuala Lumpur bagi menjalankan tugas beliau sebagai penolong pengurus kepada pasukan Harimau Malaya.

Kehadiran beliau dapat dilihat dengan jelas melalui gambar-gambar yang dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Gambar-gambar ini menunjukkan Posa bukan sahaja duduk di sebelah Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin di dalam kebanyakan gambar, tetapi juga kelihatan sedang memberi sedikit kata-kata perangsang kepada pemain-pemain pasukan kebangsaan.

Selain dari itu, Posa juga dilihat mesra dengan pemain dan pegawai pasukan kebangsaan.

Posa sememangnya tidak asing lagi di dalam pasukan Harimau Malaya selepas beliau dilantik sebagai penolong pengurus pasukan tersebut sejak dari 2018 lagi.

Sejak terlibatnya Posa dengan pasukan kebangsaan, pasukan kebangsaan dilihat semakin menyerlah dengan pasukan yang dikenali sebagai Harimau Malaya itu semakin mendaki rangking bola sepak Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).

Pada malam ini, Malaysia dijangka akan berhadapan saingan sengit dari Thailand bagi melayakkan diri ke Piala Asia 2023.

Sepak mula perlawanan adalah pada jam 9PM di Stadium National Bukit Jalil, dengan lebih 26,000 peminat bola sepak dijangka membanjiri stadium tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top