Presiden FAS baharu umum geran tambahan

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais hari ini mengumumkan pertambahan peruntukan geran sebanyak RM10,000 untuk semua persatuan bolasepak bahagian.

Geran tersebut adalah sumbangan peribadi beliau kepada semua persatuan bahagian bagi memajukan bolasepak di peringkat bahagian.

Dalam pada itu, rata-rata wakil persatuan bolasepak bahagian yang dijangka menerima wang tambahan tersebut menyambut baik sumbangan tersebut sambil menyifatkan ianya adalah satu perkembangan positif ke atas membantu mereka menjayakan program masing-masing.

Posa merupakan presiden baharu FAS selepas beliau dicalonkandan diterima sebulat suara oleh semua ahli gabungan FAS hari ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top