PPV Sarawak United vs Kuching City berharga RM11

Sarawak United FC baru sahaja mengumumkan harga PPV (Pay – Per- View) bagi perlawanan derbi Sarawak United menentang Kuching City FC.

Menurut pengumuman kelab tersebut, PPV untuk perlawanan tersebut dijual pada harga RM11 setiap seorang.

Peminat yang berminat mendapatkan pas untuk perlawanan tersebut boleh membuat pembayaran di laman https://securepay.my/collections/MVARHLel.

Bagi yang berminat mendapatkan pas untuk ‘live stream’ tersebut, anda perlu maklum bahawa perlawanan akan ditayangkan secara langsung dengan menggunakan talian internet.

Pas tersebut bukan tiket untuk menyaksikan pertandingan tersebut di stadium.

Ianya adalah pas untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara dalam talian sahaja.

Oleh itu, anda perlu memastikan talian internet anda stabil sebelum mengambil keputusan membuat pembelian pas perlawanan seteru setempat ini.

Perlawanan dijadualkan esok (16 Mac) pada jam 9PM di Stadium Hang Jebat, Melaka.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top