Walaupun telah digesa beberapa kali untuk meletak jawatan, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais tetap teguh dengan penderian ingin kekal di kerusi panas tersebut.
Posa dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Borneo Post mengatakan bahawa dia mahu membersihkan FAS dari pelbagai masalah sebelum berundur.
Dia berkata bahawa dia mempunyai tanggungjawab memastikan semua masalah FAS diselesaikan sebelum berundur.
“Tida, saya tidak akan meletak jawatan sekarang.” kata Posa kepada Borneo Post.
“Sebagai presiden FAS, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua masalah FAS diselesaikan sebelum saya berundur” katanya lagi.
Posa juga mengkritik tindakan sebilangan orang yang mempersoalkan kenyataannya berkenaan penarikan diri FAS dari Liga Malaysia.
Mengulas lanjut, Posa berkata bahawa perkataan ‘mungkin’ telah digunakan, dan ianya menyedihkan bahawa ada diantara individu gagal memahami konteks perkataan tersebut.
“Saya cuma berkata Sarawak mungkin akan menarik diri dari Liga Malaysia dan saya tidak ada menyatakan Sarawak akan menarik diri” tambah Posa.
“Ianya adalah amat menyedihkan mereka tidak memahami perkataan ‘mungkin’.” tambahnya lagi.
POsa sebelum ini pernah diminta meletak jawatan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Samarahan, Iskana Bujang, dengan panggilan serupa dibuat beberepa minggu lepas oleh mantan jurulatih dan pemain Sarawak FA.