Posa kecewa dengan pemain import Sarawak FA

Presiden Persatuan Bolasepak Sarwak (FAS) Posa Majais melahirkan perasaan kecewanya terhadap prestasi pemain import Sarawak FA.

Menurut laporan akhbar Utusan Sarawak, prestasi yang diperagakan tiga pemain import Sarawak ketika Sarawak dibelasah Pulau Pinang hujung minggu lalu amat mengecewakan.

Posa dalam pada itu berkata dia mahu bersemuka dengan barisan kejurulatihan dan membincangkan prestasi pemain import Sarawak FA dan melihat pendekatan terperinci yang boleh dilakukan.

Posa dipetik akhbar demikian sebagai berkata “Nyata kecewa apabila melihat aksi kurang memuaskan diperagakan pemain import kita pada perlawanan tersebut. Tidak sepatutnya… kerana pemain lain lebih daripada apa yang mereka tonjolkan.”

Dalam perkembangan sama, Posa juga berharap semua pemain import Sarawak FA berupaya memberi komitment sepenuhnya pada aksi genting menentang Selangor United hujung minggu ini kelak.

Sarawak perlu menang ke atas Selangor United dan berharap Kelantan akan ditewaskan oleh UKM jika mahu terus kekal di Liga Premier.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top