Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais telah dilantik menjadi Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (PBBS) bagi penggal 2020/22.
Posa akan menggantikan D Kamaruddin Ahmed yang telah dilantik sebagai Timbalan Presiden I persatuan tersebut bagi penggal sama.
Perubahan penjawatan itu berlaku selepas PBBS mengadakan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa.
Pada menyuarat tersebut, ahli exco PBBS sebulat suara melantik Posa sebagai presiden baharu persatuan tersebut.
Adalah difahamkan, pemilihan Posa adalah kerana exco PBBS merasakan Posa mempunyai kredibiliti sebagai penaung persatuan tersebut sebelum ini.
Pelantikan Posa ke PBBS menambahkan lagi bilangan jawatan berprofil tinggi yang di pegang Posa dalam arena bola sepak Sarawak.
Selain memegang jawatan Presiden FAS dan kini PBBS, Posa juga merupakan Pengarah kepada Kelab Bolasepak Sarawak United.