Posa buat dakwaan serius terhadap MFL, mahu CEO letak jawatan

Posa Majeis telah menggesa CEO Kevin Ramalingam meletak jawatan dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook.

Video yang dikongsi oleh Satwant Singh Dhaliwal menunjukkan Posa membuat tuduhan serius ke atas Kevin dan Malaysia Football League (MFL).

Antara tuduhan Posa adalah

  • MFL mempunyai masalah kewangan yang lebih serius dari pasukan pasukan bertanding di Liga Malaysia
  • Kevin cuba menutup isu berkaitan geran dengan memindahkan tumpuan kepada isu kelewatan pendaftaran
  • Ada pasukan mempunyai masalah insurans kerana diuruskan MFL
  • Kevin pandai tetapi tidak bijak menangani masalah yang berlaku
  • Kevin seolah olah melayan Posa seperti sampah dan enggan berjumpa

Posa juga mahu MFL memberikan laporan kewangan dua tahun bagi membuktikan bahawa MFL diuruskan dengan betul.

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak itu turut menyatakan bahawa “Dalam bola ini, tak payah ikut buku sangat” sambil menegaskan bahawa MFL perlu menggunakan budi bicara dalam soal kelewatan pendaftaran pasukan.

Posa dalam klip tersebut turut mengakui akan meletak jawatan sekiranya beliau adalah Kevin.

Video penuh kenyataan Posa ada di laman Facebook kami.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top