PM2015: Sarawak hanya perlu menang sekali

Sarawak hanya perlu menang sekali di dalam mana-mana baki tiga perlawanan Kumpulan B bagi melayakkan diri mereka ke pusingan seterusnya di dalam kempen Piala Malaysia 2015.

Berdasarkan analisis ringkas kedudukan semasa, Sarawak kini berada di tangga kedua Kumpulan B dengan mengumpul enam mata.

Pasukan Bujang Senang juga mempunyai baki tiga perlawanan di peringkat kumpulan, yakni merupakan satu kelebihan berbanding dua pasukan lain; ATM dan Perak, yang hanya mempunyai dua perlawanan masing-masing.
PMsia Standing
Dalam pada itu, jika Sarawak memenangi mana-mana di antara tiga perlawanan yang perlu ditempuhinya, skuad bimbingan David Usop ini akan secara automatik menempah tempat ke peringkat kedua Piala Malaysia kerana ATM dan Perak bukan sahaja memerlukan dua kemenangan berturut-turut, tetapi perlu memastikan ianya dilakukan dengan beza jumlah jaringan yang besar.

Dengan yang demikian, Sarawak harus memastikan mereka menempah tiket ke pusingan kedua Piala Malaysia awal dengan menundukkan Johor Darul Ta’zim pada Sabtu ini agar mereka boleh memberi lebih fokus kepada persediaan pusingan kedua kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top