Play-off Liga Premier 2020: Pemain Kuching FA tidak mahu beri peluang

Dengan pertemuan Kuching FA menentang Sarawak FA berlangsung malam ini, kami dikhabarkan bahawa pemain Kuching FA sememangnya tidak sabar untuk berjumpa ‘abang’ mereka untuk perlawanan play-off Liga Premier 2020.

Mengikut sumber kami, pemain Kuching FA, khususnya bekas pemain Sarawak FA, mahu bermain sebaik yang mungkin bagi memastikan kemenangan adalah milik pasukan dari bandaraya Kuching itu

Sumber sama juga mendakwa pemain-pemain Kuching FA tidak berminat untuk memberi sebarang ruang kepada pasukan Sarawak FA, dan akan cuba menjaringkan seberapa banyak gol termampu bagi memastikan slot ke Liga Premeir milik pasukan tersebut.

Kuching FA yang telah menetapkan sasaran awal musim untuk ke Liga Premier 2020 dilihat mempunyai peluang baik untuk ke liga bola sepak kedua tertinggi di Malaysia musim hadapan jika berjaya menumpaskan Sarawak FA.

Sarawak FA yang turut dibarisi pemain-pemain berpengalaman serta berkualiti seperti Shreen Tambi, Bobby Gonzales, Benedict Martin, dan Abdul Rahim dilihat sudah pasti memberi saingan sengit kepada hasrat Kuching FA untuk memasuki Liga Premier 2020.

Perlawanan malam ini dijadualkan pada jam 8:15PM di Stadium Sarawak.

12,000 tiket perlawanan diperuntukkan untuk dijual bagi perlawanan ini dengan pihak MFL mengesahkan siaran langsung juga akan dibuat melalui Facebook mereka.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top