Play-off Liga Premier 2020: Jualan tiket laris

Perlawanan play-off Liga Premier 2020 di Stadium Sarawak pada Sabtu ini dijangka akan mendapat sambutan luar biasa dengan jualan tiket dilaporkan amat memberangsangkan setakat ini.

Mengikut beberapa peminat yang telah membeli tiket, jualan tiket terbuka dilihat agak bagus jika dibandingkan dengan jualan untuk perlawanan Liga Premier.

Pihak Malaysia Football League (MFL) telah memperuntukkan 12,000 tiket untuk dijual di tiga lokasi berbeza sekitar Bandaraya Kuching.

2,000 tiket grandstand berharga RM10, manakala 10,000 tiket terbuka dijual pada harga RM5.

Sarawak FA akan bertemu Kuching FA di Stadium Sarawak pada hujung minggu ini dengan pemenang perlawanan tersebut diberi tempat di Liga Premier 2020.

Sarawak FA terpaksa bermain untuk perlawanan play-off tersebut selepas mengakhiri musim di tangga ke-11 Liga Premier musim ini, manakala Kuching FA layak ke perlawanan tersebut selepas muncul naib juara Liga M3.

 

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top