Ianya sememangnya kes pisang berbuah dua kali bagi kelab bola sepak Kuching City apabila mereka akan memulakan musim 2021 tanpa penyerang Leonardo Alves.
Alves yang sepatutnya bersama Kuching City musim lepas telah cedera dan beliau tidak dapat bermain dengan kelab Kuching City sepanjang musim 2020.
Pada musim ini, Alves sekali lagi diberi peluang untuk menyarung jersi Kuching dan beliau telah kelihatan pada poster – poster dan gambar Kuching City.
Malah, Alves juga telah diumumkan sebagai pemain import bagi Kuching City musim ini oleh Kuching City, dengan upacara menandatangani penyerang tersebut diwar warkan Kuching City di media sosialnya.
Malangnya, ALves sekali lagi telah mengalami kecederaan sebelum sepak mula Liga Malaysia.
Pihak Kuching City telah bertindak cepat dengan menamatkan kontrak penyerang dari Brazil itu, dan mereka dikhabarkan sudahpun mempunyai pengganti.
Berita penamatan kontrak Alves dilaporkan akhbar tempatan yang juga mengatakan bahawa Alves mengalami kecederaan pada lutut kanannya.
Laporan sama menyatakan bahawa kecederaan tersebut akan memakan masa untuk sembuh dan Kuching City telah bertindak menamatkan kontrak beliau selepas berbincang bersama Alves.
Penamatan kontrak Alves bermakna slot pemain import Kuching kini kosong.
Alves, sebelum ini telah melahirkan keterujuaan beliau untuk bermain bersama Kuching City selepas gagal membantu Kuching City musim lalu ekoran beliau digugurkan kerana cedera.