Pasukan bolasepak wanita Sarawak FA hampir pasti untuk mencipta sejarah untuk menjulang Piala Tun Sharifah Rodziah buat kali pertama setelah menang pusingan separuh akhir menentang PDRM melalui penentuan sepakan penalti (3-2) setelah seri 0-0 pada 70 minit masa penuh perlawanan.
Kedua-dua pasukan kelihatan seimbang dari segi penguasaan bola dan perlawanan turut menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang amat berdisiplin sepanjang perlawanan berlangsung.
Kelincahan pemain-pemain PDRM yang mempunyai keupayaan dan teknikal yang lebih tinggi jelas terpancar dalam perlawanan tersebut.
Namun, corak permainan pasukan Sarawak yang berkerja secara berpasukan dan sentiasa bergerak mengejar bola berjaya mengawal dan menutup setiap pergerakan mereka.
Pergerakan penjaring terbanyak pasukan Sarawak FA Heindee Mosroh juga turut menyaksikan dikawal ketat.
Namun, taktik pertahanan pasukan PDRM ini bijak dieksploit pasukan Sarawak apabila penyerang lain bebas bergerak dan mencipta peluang. Namun, gerakan-gerakan tersebut gagal membuahkan hasil apabila tiada gol berjaya dijaringkan.
Keputusan seri 0-0 di penghujung perlawanan mengheret ke penentuan sepakan penalti. Sekali lagi Asma Junaidi menjadi wira dan membuktikan beliau layak menyarung jersi nombor satu skuad kebangsaan apabila menyelamatkan penalti terakhir pasukan PDRM sekaligus menyaksikan pasukan Sarawak mencipta sejarah mara ke pusingan akhir buat kali pertama setelah 30 tahun sejarah penganjuran temasya berprestij itu.
Perlawanan akhir Piala Tun Sharifah Rodziah di antara pasukan Sarawak dan Kedah akan berlangsung pada 15 April 2017 di Stadium Miri bermula jam 4.15 petang.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



tahniah&terbaek lha..
apa nma team ni?…
kapten? sapa kapten.?..
bila masa dorang ni dah start maen lah?..tetiba je masuk final😂.?
Ooo…haaaa
absolutely right 😀
terer team rompuan sarawak…boleh tahan sidak tok…hope sidak menang final klk…semoga berjaya…sapa ditemu sarawak fa final min?
Kedah.
okay tq brader
tahniah pasukan sarawak wanita kita
telah ke perlawanan akhir buat semua penyokong sarawak…encang sarawak encang…
anyone like this as much as me
Final pada 15 apr..swak vs Kedah…Miri stadium…2nd runner will be PDRM vs Pahang..
Jam brpa geng..
Final 4.15 pm
Tahniah..
Congratulations …Fight for win let’s go..
Tahniah, boleh pg miri beri tonton & sokongan.
Tahniah women squad team swk …ENCANG SWK ENCANG … BIAR SAMPEI BISAK NET GOL…
Berapa menang….mmg terbaik skuad wanita Sarawak ni mmg x jangka blh ke final
Tahniah, pencapaian luar biasa. Admin beri maklumat tentang skuad nie
Tahniah
Teruskan jd juara
Tahniah luaskan kuasamu ….
Alahai En rock dh ketinggalan feri rupanya
Ada live ya haha
Congratulations