Pasukan Piala Presiden Sarawak FA mengikat Pulau Pinang 1-1 di Stadium Negeri pada hari Khamis lalu.
Kedua kedua pasukan kelihatan bersungguh-sungguh untuk mencari gol awal pada separuh masa pertama. Banyak peluang dicipta oleh kedua-dua pasukan namun buntu.
Pada separuh masa kedua, Sarawak terlebih dahulu menjaringkan gol dengan jaringan volley cantik oleh Nur Aliff di separuh masa kedua hasil lorongan lencong pemain sayap Sarawak.
Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Pulau Pinang mengasak pertahanan Sarawak dengan lebih hebat. Hasilnya, Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol oleh Mohd Azmeer melalui sepakan percuma di luar kotak penalti setelah dikasari pertahanan Sarawak.
Keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat. Pasukan Sarawak kini berada di kedudukan ke 9 dengan 1 mata dalam kumpulan A setelah 2 perlawanan.
Pasukan Piala Presiden Sarawak kini membuat persiapan untuk perlawanan seterusnya menentang Kelantan pada 31 Mac 2017.