Piala Malaysia: Peluang Sarawak ke Pusingan kedua masih terbuka

Peluang pasukan bimbingan David Usop untuk melangkah kaki ke Pusingan Kedua Pertandingan Piala Malaysia masih terbuka, walaupun ianya amat tipis.

Berdasarkan kedudukan Sarawak yang terkini, pasukan Kedah dan T-Team menduduki kedudukan pertama dan kedua masing-masing di dalam Kumpulan A, dengan JDT II berada dua mata di hadapan Sarawak di tangga ketiga.

Sungguhpun kedudukan Kedah sukar dicabar, pasukan Sarawak mampu menyelinap ke kedudukan kedua Kumpulan jika mampu menyamai mata yang dimiliki T-Team, yakni tujuh mata.

Ini dapat dilakukan dengan memastikan pasukan Sarawak mengalahkan JDT II dan kemudiannya Kedah, di dalam dua perlawanan terakhir Piala Malaysia, sambil mengharapkan JDT II dan T-Team kecundang di dalam baki dua perlawanan yang dijadualkan.

Jika T-Team berjaya mengutip sebarang mata pada mana-mana baki perlawanan Piala Malaysianya, peluang Sarawak untuk melayakkan diri ke pusingan kedua akan secara automatik tertutup terus.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top